Gambaran Venus (tumbuhan)

Pokok Venus penangkap lalat adalah tumbuhan kecil dengan struktur boleh digambarkan sebagai roset empat hingga tujuh daun, yang timbul daripada batang pendek bawah tanah yang sebenarnya merupakan objek berbentuk seperti bebawang. Setiap batang mencapai saiz maksimum kira-kira 3-10 sentimeter, bergantung pada tempoh dalam tahun;[4] daun lebih panjang dengan perangkap yang lebih teguh biasanya terbentuk selepas berbunga.mPenangkap lalat yang memiliki lebih daripada tujuh daun merupakan koloni yang terbentuk oleh roset yang telah membahagi di bawah tanah.

Gambaran dari Majalah Botanikal Curtis oleh William Curtis (1746–1799)

Bilah daun dibahagikan kepada dua kawasan: Daun (Petiole) dengan permukaan rata, berbentuk hati berkeupayaan untuk fotosintesis, dan sepasang cuping hujung berengsel di pelepah, membentuk perangkap yang merupakan daun sebenar. Bahagian atas permukaan daun ini mengandungi pigmen Antosianin merah dan sisinya merembeskan lendir. Cuping ini mempamerkan pergerakan pantas tumbuhan, menyentap tutup apabila dirangsang oleh mangsa. Mekanisme memerangkap akan tercetus apabila mangsa menyentuh salah satu daripada tiga trichome seperti rerambut yang terdapat pada permukaan atas setiap lobus. Mekanisme perangkap begitu khusus sehinggakan ia boleh membezakan antara mangsa hidup dan perangsang bukan mangsa sebagai titisan hujan yang jatuh; [5] Dua bulu pencetus mesti disentuh dalam tempoh masa 20 saat antara satu sama lain atau salah satu rerambut disentuh dua kali berturut-turut dangan cepat, [5] di mana cuping perangkap akan tercetus tertutup dalam kira-kira satu per sepuluh saat. [6] Tepi cuping dikelilingi unjuran seperti rambut-kaku atau silia, membentuk jaringan berkait dan mencegah mangsa besar dari melarikan diri. (Unjuran ini, dan bulu pencetus, yang juga dikenali sebagai bulu sensitif, kemungkinannya homolog dengan belalai yang terdapat pada saudara tumbuhan ini, iaitu Sundew.) Para saintis telah membuat kesimpulan bahawa penangkap lalat Venus adalah berkait rapat dengan Drosera (Sundew), dan perangkap bingkas berkembang daripada perangkap yang sama dengan Drosera.[7]